Tatkala embun pagi keluar,
Aku sudah keluar untuk bertempiaran di muka bumi,
Pagi yang indah buat kau dan aku,
Bersama ia meninggalkan memori yang lepas,
Memori yang kekal abadi,
Hilangkan takat kemanusiaan,
Kerna hidup terlalu kejam buatmu,
Tapi bagaikan embun pagi,
Ia akan kering waktu tengah hari tiba.
Embun pagi,
Jangan kau tinggalkan aku,
Tapi hari esok pastikan ada embun yang baru
nuff
Thursday, September 6, 2012
Semulap
Sekali lagi aku masuk dalam ruang kotak hitam ini. Sejak aku memulakan langkah hidup manusia dewasa iaitu berkerja, aku tak dapat menumpu perhatian kepada perkara ini. Jadi aku mulakan Semulap untuk menulis di ruang kotak hitam ini. banyak perkara berlaku dalam masa beberapa bulan yang lepas. Tak perlulah aku terangkan kerana ia begitu rumit untuk meneliti segala permasalahan yang dihadapi.
Mengapa SEMULAP dan bukan semula.
Jikalau kau tanyakan mengapa, aku tiada jawapan. Cuma aku ingin beritahu kepada semua yang membaca Terima Kasih untuk berkunjung di laman blog ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)