nuff

Wednesday, November 3, 2010

kotak

Semua orang hidup dalam kotak masing - masing
Kotak kau besar dan kotak ku kecil
Kotak yang buat kau kaya
Kotak yang buat aku miskin
Kotak kau cantik
Tapi kotak ku kurang menarik

Cuba kau keluar dari kotak kau
Masuk kotak orang lain
Aku tak suka dengan kotak aku
Kerana aku lihat kau punya lagi cantik
Kotak kau diperbuat dari kaca
Kotak aku diperbuat dari kertas

Aku masih membesar
Tak kisah jika kotak ku buruk
Tak kisah jika kotak ku koyak
Aku lemas dengan kotak ku
Aku tak mahu hidup lagi dengan kotak ku


Aku mahu bebas dari kotak ini
Empat segi bentuknya
Buruk sungguh
Warna coklat yang tak menarik
Aku sudah simpan kotak ku dalam almari
Tapi kau masih dengan kotak kaca kau

Aku sudah berlari - lari
tapi kau masih dalam kotak kecil kau

2 comments: